CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 12, 2009

Assalamualaikum...

apa khabar semua..? haa.., lama betul x apdet blog ni.. dua bulan lebih dah.. sekarang ni pulak, streamyx ade problem kabel bawah tanah.. dah dua minggu.. ni betty pinjam broadband Ucu Arip, baru dapat apdet ckit.. tapi x bole nak masuk gambar la.. pasal gambar kat komputer besar.. ni betty pakai notebook abah..

x pe, lain kali betty masukkan gambar ehh..

tungguuuu...!!

Saturday, April 4, 2009

Jumpa Lagi..

Assalamualaikum semua..

ape kahabar? harap2, semua sihat la ekk.. betty sihat2 je, alhamdulillah..

nak citer pasal ape ye.. citer pasal xtvt betty la kan..?

ekarang ni, betty selalu balik Paloh, tengok nenek.. ye la, nenek dah dok sorang2 tu, kena la tengok selalu kan.. kadang2 betty bawa nenek jalan2.. g JB, BP.. hehe, tu je la yang sempat.. ok la tu kan..

awal mac, betty ade gak g JB. tapi x bawa nenek. bawa Kak Long Rehan.. sape tu? haa, ingat x betty punye n3 tajuk 'Kenangan Duka Raya'? citer pasal anak mak odah mati lemas tu..? yang lemas tu anak mak odah yang bongsu. Kak Long Rehan tu anak mak odah yang sulong.. dah namanye pun kak long, mmg la anak sulong.. hehe.. kenapa bawa kak long? sebab mak odah minta tolong amik adik mak odah kat JB.. adik mak odah tu datang dari Bukit Tinggi, Indonesia! mereka 3 beranak.. Pakcik Zul, Makcik Yanie, n Abang Hafiz..

Mereka tu kali pertama datang ke malaysia.. tu yang susah nk kemana2 tanpa panduan.. so, lepas amik diorang kat larkin, abah terus bawa ke Danga Bay.. makan2, jalan2, amik gambar.. diorang seronok gak dapat tengok rumah limas kat danga bay tu.. abah dgn mama seronok borak2 dengan pakcik zul n makcik yanie tu.. mama siap bole tau tu masakan popular kat bukit tinggi - Sambal Lado Mudo-! wahh.. ini mesti sebab mama banyak baca novel! kata orang, baca novel ni boleh buat kita 'menjelajah' ke tempat2 yang kita belum pernah pergi..

macam2 yang mama cerita.. nama hotel la, airport kat Padang la, nama universiti la, nama2 tempat kat Bukit Tinggi la....mama punye cerita sebijik macam orang yang pernah dok kat Bukit Tinggi..! mkcik yanie tu terkejut bangat sebab mama tau macam2..! Emm.. mama memang seorang yang berpengetahuan!! hehe..

itu lebihnya mama.. abah pulak ade kelebihan tersendiri tau! abah boleh ajuk cara orang Minang bercakap.. abah faham perkataan/ bahasa indonesia.. lepas tu siap sebut nama keturunan tu.. abah bangga tul ade nenek moyag dari Demak.. memang kitorang borak macam2 cerita..riuh betul group kitorang.. rasa macam dah kenal lama je..

Rupa2nya, mak odah dengan adik dia tu dah lama x berjumpa.. kali terakhir berjumpa masa adik mak odah tu masih bayi!! ape lagi.. dah macam tonton rancangan jejak kasih la pulak..selesai urusan menghantar adik mak odah tu, kami balik rumah.. on d way balik tu, mama cakap "Huh, nasib baik sempat study pasal Bukit Tinggi.. x sia2 jadi pencinta novel.." kihkihkih...
emm, setakat ni tu je la dulu ceritanye.. lenkali betty story lagi eh.. kita layannnzzz gambar2..


Gambar yang atas ni x berapa clear.. x pe la. Perasan x, muka betty dengan budak pakai baju itam tu lebih kurang sama..? haa, budak tu nama dia Alia Nor Suraya. x pasti la ejaan nama tu betul ke x.. Suraya tu sebenarnya sepupu mama. maknanya, pangkat makcik la pada betty.. betty panggil dia Acik Suraya! umur dia 5 tahun.. kalau x silap la.. hehehe..


Ni betty kat rumah limas, danga bay.. x ingat la kat rumah daerah mane.. tapi macam x terjaga la rumahtu.. sayang kan..? buat lawa2, tapi x berkemas..


Pelamin sape ni..? emm, betty pun x tau sape punye pelamin.. pengantin pun x de.. sebab, pelamin tu pameran/xpo kat Plaza Angsana.. macam2 pesen pelamin, macam2 pesen baju pengantin! lawa2!


"berbumbungkan atap rumbia..
berlindungkan panas membara..
sang suria khatulistiwa.. memancar.."
haa, lagu Amy Mastura tu.. hehehe.. bettyn nenek mcm nak tercabut lutut berjalan.. perasan x gambar betty kat pelamin tu, betty pakai terompah lawa.. sampai kat restoran singgah selalu, kaki betty melecet.. tu yang tukar selipar plastik je..ringan dan senang nak jalan!




Dua gambar di atas, siapa tu..? Pengantin Cilik!! comel akak tu kan..? tu je dua gambar yang dapat 'tangkap'.. masa tu kat Angsana ade pertandingan pengantin cilik..



akak 4 orang kat atas ni pulak, tengah menari tarian zapin.. tapi.. ntah la.. x tau nak cakap mcm mana.. macm x teratur sangat..


4 gambar betty tengah main buai.. kat mana? Kat restoran 2 city, kluang.. masa ni nak g hantar nenek ke rumah maklong ina.. singgah makan dulu.. bila nampak buai, tiba2 perut betty rasa kenyang!! hahaha...!!!!


Betty dengan siapa tu..? Haa.., ni anak sedara mak odah dari Bukit Tinggi Indonesia tu.. Hafiz At Thorik.. bunyi nama di amcm tu la.. ejaannya x tau betul ke x.. abg hafiz tu umur dia 6 tahun.


Dari kiri : Kak long Rehan, betty, hafiz, Mama n makcik Yanie.
kerusi besar tu betty muat untuk duduk dengan hafiz.. x sangka mama n makcik Yanie pun muat duduk satu kerusi!! hehe..

Awan Naga..? emm, fenomena alam yang sempat mama rakam.. dh lewat petang dh ni.. ade beberapa keping yang mama rakam, next n3,betty masukkan lagi eh..
Ok, betty nak stop kat cni.. jumpa lenkali eh.. daaahhhh...

Wednesday, February 25, 2009

Ain.. BETTY.. Naufal..

Assalamualaikum semua...

Jumpa lagi!

minggu lepas betty g rumah maklong Ina.. masa betty sampai tu, family maklng Ina tengah siap2 nak g bandar kluang.. hahaha.. elok sangat la tu. orang kluang g BP, orang BP lak g kluang..

Emm.. betty borak2 dgn kak ain je.. kak diana x nak borak dgn betty pun.. ye la.. orang nak g bandar.. betty ni, hari2 g bandar.. x heran pun..

tapi nenek x ikut maklong ina pun. nenek ikut betty , abah n mama g Pt Raja.. jalan2 makan cendol!

nak jadi cerita, sebelum g makancendol tu, betty jatuh kat depan rumah maklong Ina.. melecet siku betty.. aduh.. plaster lak tinggal kat rumah.. cari kak ain punya plaster, tp x jumpa.. rupa2nya kak ain bawa.. alahai..

sudahnya, sampai kat pt raja tu, cari la plaster dulu.. baru g makan cendol.. sekejap je kami g Pt raja tu.. bila balik rumah maklong Ina, betty tengok kak ain tengah duduk kat buaian.. eh, sekejapnya g bandar..!

kak ain kata, baby naufal nangis.. kak diana pulak jatuh tergolek kat SmartKids.. hehehe.. kak ain pun x tau cmne kak diana leh jatuh..

sekejap je kat rumah maklong Ina, lepas tu abah ajak g rumah oyang kat simpang rengam.. sampai kat rumah oyang, ujan selebat2nya!! Alhamdulillah... dah lama betul x jumpa ujan..

tu je la cerita untuk kali ni.. ni betty bubuh gambar baby Naufal yang dah botak..hencem! hehehe...


dua gambar ni membuktikan... bahawa... betty la yang paling cun!!! hehehe..

Monday, February 16, 2009

Serai Mama HILANG!!!!

waduhh.. asik cerita pasal serai je kan..

kejadian serai mama hilang tu berlaku masa tahun baru Cina hari tu..

2 3 minggu sebelum tu... mama mimpi, serai yang mama n abah tanam kat depan rumah tu nak keluar bunga..ntah betul, ntah tidak.. mama cuma diam dan perhati je..

ade 5 rumpun yang mama tanam kat depan rumah tu. seminggu lepas mama dapat mimpi tu, mama pun cerita kat abah.. mama siap tunjuk 1 rumpun yang bakal berbunga tu..(kononnya la..). abah senyum je.. mama pulak tiap2 hari dok menyiram serai tu.. bukan pasal bunga, tapi dah lama x ujan.. serai pulak baru usia 2 3 bulan.. takut nanti mati kekeringan pulak bila kekurangan air.

seminggu lepas mama cerita pada abah, abah ajak mama n betty g kebun serai.. masa tu raya cina la. abah borak2 dgn wak jamon(pembantu abah kat kebun).. tiba2 abah dgn wak jamon g area belakang kebun.. rupa2nya abah cabut satu rumpun serai yang berbunga tu.. hehehe..

kata orang, serai kalau keluar bunga, ade 'harta' kat bawah serai tu.. wallahua'lam..

masuk je kat kereta, abah kata x de ape2 pun kat bawah pokok serai tu.. cacing ade la! hehehe... kami pun terus pulang ke rumah..

lepas zuhur, kami gerak ke rumah maklong ina. sempat lagi mama tengok serai2 yang 5 rumpun kat depan rumah tu..

kira2 pukul 7 ptg, kami sampai ke kluang semula.. abah baru nak belok masuk pagar rumah, mama dah nampak ade yang x kena pada serai yang 5 rumpun tu.. berkerut2 dahi mama dok pk ape yang lain pada serai2 tu semua.. cpt2 abah parking kereta. mama lak terus turun, n mama betul2 x sangka yang serai yang kononnya nak keluar bunga tu dah HILANG!!! patutla mama rasa macam kurang.. macam lapang je depan rumah tu.. alahai, sape lak yang curi rumpun serai tu.. masa tu, ramai orang kat luar rumah.. ade cina, india.. x de sape pun yang mencurigakan..

TAPI.. ade satu perkara yang pelik! masa abah tengok tempat serai yang 'dicuri' tu, langsung x de kesan! tanah n rumput rata je, macam sebelum ni x pernah tanam ape2 kat ctu! PELIK kan??
mama pun terus masuk..

esoknya, abah ke kebun lagi..(masih cuti raya cina). abah tergerak hati nak cerita pada wak jamon.. wak cuma angguk2 je.. ye la, dia pun x sangka. ade orang sanggup curi serai! kalau nak, cakap je la kan..

hari rabu tu, abah mula kerja. malam tu, abah ke rumah wak jamon, saje la bawa wak tu g 'ngombe'.. tiba2 wak jamon bagi tau kat abah, dia mimpi pasal serai mama yang hilang tu! wak jamon kata, serai tu hilang sebab 'tuan punya taman bunga' tu amik serai mama. kanapa amik? sebab abah dah cabut 1 bunga 'dia' kat kebun!!! Maknanya, serai berbunga mama tu sebagai ganti pada serai berbunga 'dia' yang dah rosak!!!

Astaghfirullahal azim... Mama macam x percaya..!!

tapi.. mama x pelik.. sebelum ni, kami sekeluarga pernah duduk serumah dengan bunian..tapi sekarang bunian tu dah x duduk dalam rumah dah.. tapi berpindah ke tepi rumah! PERCAYA TAK ???

Macam-Macam Betty!!!

Jumpa lagi!!!

n3 yang lepas, macam citer betty dah bagi tau kan.. citer pasal baby naufal la, nenek jaga maklong ina bersalin la, kak ain tukar sekolah la, serai abah keluar bunga la, ape lagi ek..? emm, macam2 citer la kan..

TAPI.., ade satu perkara yang betty lupa nak bagi tau kat semua orang.. nak tau ape dia?

Haaa.. abah belikan betty KHEMAH!! lawa tau.. khemah tu kaler belang2.. besar jugak. kira kalau budak2 yang sama size dengan betty ni, boleh la masuk 3 atau 4 orang. lepas tu kan, khemah ni senan je nak pasang. cuma tarik tali kat atas khemah tu, ha dah siap terbukak. bila nak tutup, picit je butang kat atas khemah tu.. best kan??

ni betty nak tunjukkan gambar2 yang sepatutnya di upload d n3 yang lepas..



dua gambar betty kat atas ni, sebenarnya baru bangun dari tido.. mula2 mama snap masa betty tido.. tapi mama lupa nak tutup flash.. tu yang betty bangun. ingatkan ade petir ke.. hehehe...



Haa.. ni la baby montel yang bernama 'AISY RAIYAN NAUFAL.. gambar ni baby naufal umur 3 hari! montel ekk? geram!

semalam pun betty g rumah maklong ina.. terkejut betty tengok naufal dah botak!! tapi lagi cute muka naufal yang botak tu.. mama kata, dalam family maklong ina, yang lelaki mmg x de yang 'berambut'.. paklong karim n abang daniel botak. lepas ni naufal pun ikut la jejak ayah dan abang dia.. hehehe..


emm, ni serai. hehehe, macam la orang x tau pokok serai.. tapiyang betty nak tunjukkan sebenarnya, bunga kat serai tu.. nampak x? yang macam lalang tu la.. tu belum keluar lagi bunganya. kalau dah keluar, bunganya macam padi..
tu cuma satu rumpun je yang betty tunjukkan.. cukup la kan. x kan nak tunjuk 15 rumpun semua dalam blog ni.
ok tu je.. next n3, ade satu citer seram yang betty nak bg tau kat semua.. tunggu..!!!!

Wednesday, February 11, 2009

YuuuHuuuu...!!!!

Assalamualaikum semua..!

aduhai.. lamanye betty x apdet blog ni.. bukan x de cerita. dah terlebih cerita, tu yang jadi x tau nak tulis ape..

nak mulakan dengan cerita ape ekk.. ermm, cerita pasal Maklong Ina.

12 Januari yang lalu, maklong ina dah selamat lahirkan baby boy kat Hosp. BP.. beratnya 4.15kg!!! kuss semangat! Nama baby tu 'Aisy Raiyan Naufal. Hmm, tu dah puas maklong ina susur atur nama tu.. betty panggil baby tu NAUFAL.. nenek pulak panggil 'Aisy.. maklong ina n paklong karim..? hmm, betty dengar maklong n paklong panggil ADIK je.. nama panjang2, panggil ADIK je..? Ape2 lah ek..

lagi nak cerita pasal serai abah yang semakin menjadi ni.. sekarang ni abah lum sempat nak bawa betty g kebun kat Kahang tu selalu.. sekali sekala je.. tapi kalau kat kebun Kg Sembrong tu, selalu la.. serai abah idup subur, alhamdulillah.. dan yang paling best, serai kat Kg Sembrong tu kuar BUNGA!! mula2 10 rumpun yang berbunga.. tapi sekarang ni, dah 15 rumpun yang berbunga.. betty dengar orang cerita, kalau serai berbunga, maknanya ade 'bunian' kat ctu.. kata orang lagi, tengok berapa rumpun yang berbunga, ha tu lah jumlah adik beradik bunian yang dok kat kawasan ctu.. BETUL KE...? Serammmm...

Ape pun, betty harap usaha pertanian abah akan terus sukses.. abah kata biarlah berapa ramai bunian pun yang nak dok kat ctu..kita x kacau dia, dia pun jangan kacau keje kita.. wah! berani la abah betty ni kan...

emmm.. nenek. sepanjang maklong ina bersalin ni, nenek nginap kat Kg Seri Paya la.. jaga maklong ina.. betty, mama n abah selalu gak ulang alik ke rumah maklong ina.. ulang alik ke rumah nenek jugak, sebab risau bila nenek tinggalkan rumah lama ckit dari biasa kan.. memang ade jiran2, tapi ye la.. diorang pun masing2 ade hal.. x kan asik nak jaga rumah nenek je kan.. so, bila free, kami jenguk la ke rumah nenek tu.. tido semalam, dan balik kluang!

ape lagi yang nak d ceritakan ek.. sekolah! betty plan nak sekolah tahun ni kan..? x jadi aa.. mama kata umur 5 tahun baru g sekolah.. pasal betty ni ade angin ckit.. mama kata kalau betty nakal sangat, x leh g sekolah.. kuat merajuk pun x leh g sekolah.. nak g sekolah kena buat perangai elok2.. huhuhu...

ape pun, sekarang ni betty sedang giat berusaha untuk pandai baca dan pandai ngaji!! emm, AZAM untuk tahun 1430 HIJRAH ni.. do'akan betty ek.. betty nak jadi orang pandai.. betty x nak orang gelakkan betty sebab x pandai baca.. betty nak mama n abah bangga dengan betty.. tapi tu la.. betty macam susah la nak fokus bila mama ajar... bukan x suka, betty suka..tapi dalam kepala ni selalu teringat HAGEMARU.. NINJA BOY.. GENG BAS SEKOLAH.. KAPTEN BOLEH.. DETECTIVE CONAN.. dan macam2 lagi lah.. hehehhe... Mama selalu larang betty tengok tv, tapi masalahnya, betty dah pandai bukak sendiri, dan tekan channel sendiri..!!

ape pun.. BETTY NAK JADI ORANG PANDAI!!! Amin...

Saturday, December 13, 2008

"Kenangan Duka Raya"


Assalamualaikum semua..
dah baca tajuk kat atas? dah lihat gambar kat atas?Sebenarnya betty ade satu cite yang nak dikongsikan bersama.. cerita pasal raya haji.. Tajuk kat atas tu betty amik dari surat khabar.. ceritanya begini..

Dalam Harian Metro (rabu kalau x silap), ade kluar berita pasal kanak2 umur 5 tahun mati lemas. lokasi kat Taman Ilham Kluang.. (dekat gak dgn rumah betty..) Kanak2 tu namanya, Mohd Iskandar Bin Raja Musa.. mak dia Faridah Ariani.. yang baju belang2 kat dalam gambar tu abang Udin..
betty, abah n mama kenal rapat dengan keluarga Allahyarham Iskandar tu.. mama n abah sendiri panggil arwah tu dengan nama Putera.. mak dia lak kebanyakan orang kenal dengan nama Mak Odah.. keje kat warong Wak 2not, kg tengah.. mama n abah cuma panggil Kak Idah.. mama kata, masa Putera tu kecik dulu, mama jaga.. tapi x lama.. mak Putera tu pulak sebenarnya anak angkat arwah atok Omar (atok Betty, sebelah abah)..
kejadian bermula bila anak jiran mak odah ajak Putera g tengok orang sembelih lembu kat surau belakang rumah.. masa tu ujan gerimis.. Mak odah pun x halang.. tapi ye la kan.. dah ajal.. siapa la sangka Putera leh tergelincir kat dalam parit besar.. betty perasan gak, taman ilham tu paritnye besar.. (dulu kawasan banjir tu..). tengah hari tergelincir, hampir kul 10 malam baru jumpa.. kat mana? kat sungai kecik tempat ikan keli kat tepi rumah betty!! Ya Allah..
petang AidilAdha tu, betty dengan abah n mama g agihkan daging korban pada kawan2 abah.. +- kul 6 lebih tu, kami lalu kat sungai kecik tu.. ramai tul orang.. abah dah agak mesti ade orang lemas. abah park kete. betty n mama cuma tunggu dalam kete je.. dengar citer orang2 kat ctu.. "ade budak jatuh parit, sampi ni x jumpa. jatuhnya tengahari tadi.. kat tman ilham.. budak umur 5 6 tahun gitu.." mama geleng kepala.. abah kata "Kesiannya.. mcm mana agaknya mak bapak budak tu ek.. mesti meraung2.."
lepas tu kami terus balik. lepas solat maghrib, kami keluar ke bandar.. balik tu, mama ajak lalu kat sungai tu.. tapi dah x de orang.. kami pk dah jumpa la budak yang lmas tu.. lepas tu abah terus drive ke taman matahari, taman ilham.. mane la tu kot2 jumpa rumah budak yang lemas tu kan.. tapi x jumpe..
tengah sedap2 tido, handphone mama bunyi.. ade orang kol.. bila mama hello, x de orang yang jawab pun.. mama terus putuskan.. pastu ade mesej.. bila mama bukak mesej tu.. "Abang Lail, adik Putera dah meninggal dunia. Jenazah dah ada kat rumah.."
hah!! Rupa2nya budak yang jatuh parit kat taman ilham tu Putera? Anak Mak Odah? Innalillahiwainnailaihiroji'un... Astaghfirullahal 'azim... mama macam x percaya!! cepat2 abah kol mak odah.. kak long yang jawab.. nangis2.. bila mama tengok jam, baru kul 2 pagi.. abah pesan kat mama, pagi2 selasa tu siap2. g ziarah..
awal pagi selasa tu, kami cepat2 bersiap.. terus g rumah mak odah.. mama peluk mak odah, terus mak odah nangis.. mama pun sama.. kak long, kak ngah n abang udin pun ade..
ape yang betty nampak, mak odah 'down' betul.. anak kesayangan dia pergi buat selama2nya.. anak yang lain pun mak odah sayang.. tapi sebab putera tu baru umur 5 tahun, sayangnya dalam cara yang berbeza la kan.. sebelum mak odah g keje, bawa putera jalan2 dulu.. balik keje pun cmtu.. tido dengan mak odah.. pendek kata, segala2nya dengan mak odah.. kak long n kak ngah pun rajin bawa Putera jalan2 naik moto..
sedih.. mama sedih betul bila ingat kenangan2 tu semua.. kalau mama sedih, apalagi mak odah kan..? Putera tu cuma anak sedara pada mama n abah, tapi sedih betul bila tahu tragedi yang menimpa.. Putera tu anak pada mak Odah, pasti sedihnya bertimpa2.. sesuatu yang x terduga! x di sangka..!
Allah lebih menyayangi Putera. di jauhkan Putera dari segala noda duniawi.. Moga Mak odah sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ini.. pasti ade hikmah yang sedang menanti..